
|
Writer. ![]() Siti Hawa | 17 | BRIOVS Twitter: KakCik_ Facebook: Hawa Wawe Credits!
| Surat Cinta. Assalamualaikum Rindu ♥ Pantas sungguh masa berlalu, tanpa aku sedari engkau telah pergi meninggalkan aku demi berjuang dalam peperangan. Hati aku tidak pernah melupai dirimu malah tidak pernah jua aku lupa untuk sentiasa menyebut namamu didalam doaku. Kehadiranmu didalam hidupku banyak menyedarkan aku tentang kekuasaanNya. Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah kurniakan aku sahabat sepertinya. Perit bagiku untuk melepaskanmu pergi meninggalkan aku. Tapi, apakan daya. Setiap pertemuan pasti ade perpisahannya dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripadaNya. Aku hanya Hamba biasa yang tidak berkuasa. Hanya Allah sahajalah yang Berkuasa, tiada orang selain Dia. Allahu akhbar~ kebijaksanaanmu, kepandaianmu, kejernihan wajahmu tidak pernah engkau riak. Malah engkau memperbesarkan-besarkan lagi Sang Pencipta. SubhanaAllah. Kini, aku menangis, aku mengadu kepadaNya supaya suatu hari nanti aku dapat bertemu denganmu sebagai penawar rinduku padamu. Gurauan didalam alat telekomunikasi tidaklah cukup bagiku. Tersangatlah ingin melihatmu wahai sahabat. Aku ingin berkongsi masalah denganmu. Dengarkah kau wahai sahabat? Aku di sini amat merinduimu. Lukisan potret didalam album hanyalah kenangan bagi aku dan kau. Titisnya air mata ini pabilaa membaca bait-bait indah bicaramu tentang dakwah islam. MashaAllah, Allah lebih memahamimu daripada aku. Bittaufiq wannajah sahabat. Semoga engkau memperolehi keputusan yang diidam-idamkan. Uhibbuki Fillah ♥ " Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada Nurain Izzati binti Rodzian sehingga aku menjadi kerinduannya. " Allahhumma Ameen~ ♥ |